Benefit



Susu unta telah diamalkan oleh masyarakat Badawi, pastrol dan nomad semenjak bermulanya proses domestikasi unta beribu tahun dahulu. Penternakan unta merupakan alternative bagi penternakan lembu di kawasan kering dimana penternakan lembu menggunakan lebih banyak berkalan air dan kuasa elektrik. Susu unta telah disahkan sebagai susu tersihat selepas susu ibu.


Terdapat pelbagai kelebihan susu unta. Antaranya ialah:


v  Kaya dengan protein yang mengandungi antimikrob, iaitu sesuatu bahan yang menentang mikrob (mikrooraganisma pembawa penyakit), serta aktiviti perlindungan. Bahan ini hanya terdapat dalam jumlah yang sedikit atau tiada langsung dalam susu lembu. Bahan ini juga berfungsi sebagai pembersih semula jadi dan merupakan rawatan bagus bagi mereka yang mengalami masalah jerawat dan Ekzema.

v  Mempunyai nutrient yang cukup untuk seseorang individu bagi hari tersebut


v  Diberikan kepada bayi yang mengalami malnutrisi.

v  Mengandungi kandungan asid linoleic yang tinggi, dimana ia merupakan salag satu keperluan asas badan kita yang tidak boleh menghasilkan asid linoleic sendiri.

v  Mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang tinggi serta immuniglobin yang tinggi. Immunoglobin berfungsi sebagai antibody untuk melawan penyakit dan ia menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh menyembuhkan penyakit autism.

v  Mempunyai landungan laktosa yang lebih rendah berbanding susu lain dan senang dihadam oleh mereka yang mempunyai intoleraksi terhadap laktosa.

v  Mempunyai kandungan potassium, magnesium, besi, kuprum, mangan, sodium dan zink yang lebih tinggi daripada susu lembu.

v  Mempunyai kandungan kolestrol yang lebih rendah berbandingan susu lembu

v  Mempunyai kandungan vitamin C yang tiga kali ganda lebih tinggi dan zat besi yang sepuluh kali ganda lebih tinggi dari susu lain.

v  Tinggi dalam kandungan asid lemak tak tepu yang lebih senang dihadam dan juga tinggi dalam vitamin B berbanding dengan susu lain. Walau bagaimanapun, susu unta memgandungi kandungan vitamin A dan B2 yang lebih rendah berbanding susu lain.

v  Mengandungi lebih banyak protein dan kandungan lemak yang rendak berbanding susu lain.

v  Mengandungi sifat anti-tumor bagi mencegah atau merawat kanser.

v  Mengandungi sifat antiviral yang boleh mengurangkan keradangan hati dan mengandungi banyak nutrisi yang bagus untuk kesihatan diri.

v  Mengandungi asid alfa-hidroksil yang bertindak sebagai agen anti penuaan.

v  Mempunyai sifat-sifat penawar yang melindungi badan darl kecederaan oksidatif. Sifat ini bagus bagi mereka yang mengalami Thalassemia.

v  Mengandungi laktoferrin yang akan menghilangkan zat besi bebas dari sendi-sendi tulang pesakit Arthritis.

v  Mengandungi antibakteria dan antiviral yang dapat memusnahkan mikobakterium batuk kering.

v  Susu unta boleh dibekukan tanpa hilang nutriennya.

v  Susu unta tidak akan menggumpal apabila bertiindak balas dengan asid atau ezim perut, menyebabkannya terhadam dengan mudah.

No comments:

Post a Comment