CAMELITE TAQA TROPICA™
Taqa Tropica (M) Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat daripada Malaysia yang menghasilkan produk pemakanan berkonsepkan nutraceutical, iaitu makanan untuk kesihatan. Produk pertama keluaran Taqa Tropica (M) Sdn. Bhd. ialah Taqa shape iaitu Teh Hijau yang menggunakan teknologi tinggi di Italy. Produk Taqa Shape juga dikenali di kalangan pelanggan tetap Taqa Tropica (M) Sdn. Bhd. Terbaru!!! syarikat Taqa Tropica (M) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan produk-produk berasaskan Susu Unta yang menggunakan teknologi tertinggi dari United Arab Emirates Dubai telah dilancarkan sebagai produk terbaru syarikat. Berikut adalah produk-produk terbaru yang di keluarkan oleh syarikat kami di TAQA TROPICA (M) Sdn. Bhd
Huraian tentang unta dari sesi ugama islam:
Unta adalah sejenis
haiwan luar biasa yang sering digunakan sebagai tungangan atau pengangkutan di
padang pasir oleh kabilah-kabilah atau rombongan perniagaan semenjak zaman
dahulu kala lagi. Ciri-ciri istimewa yang Allah s.w.t kurniakan kepada unta
adalah satu kelebihan dan tidak terdapat pada haiwan-haiwan lain.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Ghasiah: Ayat
17-21 “(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah
mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan
langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? (18) Dan keadaan gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? (20)
Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia
dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana
sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan (21)
1) Teliga: Telinga unta adalah kecil berbanding
dengan haiwan-haiwan lain seperti keldai, kuda, lembu dan sebagainya. Telinga
unta ditutupi bulu yang banyak untuk melindunginya daripada ribut pasir.
Kedua-dua belah telinga unta boleh membengkok kebelakang dan dilekapkan ke
kepalanya untuk melindunginya daripada dimasuki pasir ketika berlaku ribut
pasir.
2) Hidung: Hidung unta ada mempunyai penutup seperti
kelopak yang boleh dibuka dan ditutup untuk melindungi lubang hidungnya
daripada dimasuki pasir ketika berlaku ribut pasir dsb.
3) Mata: Mata unta mempunyai dua baris bulu mata. Ianya
berfungsi seperti perangkap habuk yang boleh digerakkan secara berselang-seli
dengan cepat supaya boleh menghalang pasir daripada memasuki mata.
4) Ekor unta: Ekor unta terdapat banyak bulu untuk
melindungi punggung unta. Tanpa perlindungan ini, butiran pasir yang dibawa
angin dan bergerak laju seperti peluru sudah pastinya akan memberi iritasi pada
bahagian belakang unta.
5) Kaki: Kaki unta unta adalah panjang supaya berada
di kedudukan tinggi. Juga membantu mempercepatkan perjalanan. Bahagian bawah kaki
ada tapak elastik yang boleh melebar apabila unta berjalan di atas pasir yang
lembut dimana haiwan lain tidak boleh berjalan di atasnya. Ini membuatkan unta
layak digelar sebagai kapal padang pasir. Dalam keadaan yang sukar di padang
pasir, Kumpulan unta boleh merentasi padang pasir sehingga 50-60 km sehari.
Kereta pun tidak mampu menyaingi unta di permukaan padang pasir yang
beralun-alun.
6) Leher: Dengan leher yg panjang, unta boleh makan
tumbuh-tumbuhan yang tinggi atau yang ada atas tanah dengan mudah. Leher
panjang unta membantu untuk angkat kepala pada tempat tinggi. Ia juga berfungsi
untuk menstabilkan badan apabila membawa beban berat.
7) Perut: Ada 4 sudut. Sistem penghadaman sangat kuat
sehingga dlm suasana kering, ianya boleh mrnghadamkan apa sahaja objek selain
makanan seperti getah.
Keistimewaan-keistimewaan
lain yang terdapat pada unta ialah:-
1) Dengan ciri-ciri
istimewa Allah s.w.t anugerahkan terhadap kulit dan sistem pertahanan dalam
badannya, unta berupaya untuk bertahan sekiranya suhu dalam badan berubah
secara mendadak sehingga 7°C (i.e. dari 34°C kepada 41°C). Unta hanya akan
berpeluh apabila suhu badan naik sehingga 41°C. Berbanding dengan manusia
apabila suhu badan melebihi 37°C, besar kemungkinan ini akan mengakibatkan
kematian.
Sementara itu, pada
malam hari badan unta akan mengeluarkan haba ke udara luar yang sejuk tanpa
menghilangkan air dari badan. Mekanisma seperti ini mampu untuk mengekalkan
sehingga 5 liter air di dalam badan.
2) Tubuh badan unta
memiliki sistem yang boleh memproses airnya sendiri apabila tidak terdapat
sumber air untuk dijadikan minuman. Bonggol yang terdapat pada belakang unta
sebenarnya mengandungi lemak yang boleh diproses mengeluarkan air untuk
digunakan oleh sistem tubuh badan unta.
Apabila unta menarik nafas
yang mengandungi udara panas daripada persekitaran, udara panas ini akan
mencairkan lemak yang disimpan pada belakang unta secara perlahan-lahan. Proses
pembakaran lemak (oksidasi) ini akan menghasilkan air dan karbon dioksida yang
dikelarkan semula apabila unta menghembuskan nafas keluar.
Unta boleh menyimpan
lemak pada bonggolnya melebihi apa yang disimpan oleh haiwan-haiwan lain.
Berbanding dengan haiwan lain seperti kambing biri-biri yang terkenal dengan
punggung yang berisi, ianya hanya boleh menyimpan kandungan lemak sehingga 11kg
sahaja. Seekor unta boleh menyimpan sehingga 120kg lemak di dalam bonggolnya.
Dengan simpanan lemak sebanyak ini, unta mampu hidup tanpa air di gurun yang
panas dan kering selama sebulan setengah tanpa meminum air. Jika diperhatikan,
bonggol unta yang kehabisan lemak apabila digunakan sepenuhnya akan mengempis
dan membengkok ketepi.
Apabila unta terlalu
haus dan dahaga, ianya mampu untuk meminum sejumlah air tawar atau air
masin dengan jumlah yang amat banyak sehingga kehilangan dahaga. Darah unta
mengandungi Enzim Albumin yang banyak melebihi lain-lain organisma. Enzim ini
mampu memberi ketahanan kepada tubuh badan unta jika berlaku kekurangan air
dalam badan.
Allah s.w.t telah
mengurniakan kebolehan luarbiasa kepada unta sehingga mampu untuk meminum air
masin dengan jumlah yang banyak. Organ buah pinggang unta mampu menapis garam
dan mengeluarkannya melalui air kencing selepas mengambil kandungan air bagi
keperluan tubuh badannya. Berbanding dengan manusia, ianya akan mengalami
risiko kematian apabila meminum air masin bagi menghilangkan dahaga.
3) Unta juga diberikan
kelebihan untuk mengeluarkan susu sebanyak 2 kali sehari secara berterusan
selama setahun sebagai sumber minuman dan bekalan nutrisi. Apabila Afrika
mengalami musim kemarau pada tahun 1984-1985, suku-suku kaum di Kenya yang
mengembala lembu dan hidup dengan hasil minuman susu lembu akhirnya mengalami
kepupusan serta mati kebuluran akibat kehabisan bekalan makanan dan susu.
Tetapi sebaliknya suku kaum yang mengembala unta, masih boleh bertahan dan
hidup kerana mereka mendapatkan bekalan nutrien daripada susu unta sepanjang
musim kemarau yang berlaku selama hampir dua tahun.
Maha suci Allah yang
telah menciptakan unta dengan ciri-ciri istimewa bersesuaian dengan iklim serta
bentuk muka bumi yang didiaminya. Dengan kelebihan yang ada pada haiwan ini,
maka mudahlah untuknya menyesuaikan diri dan hidup dalam suasana persekitaran
gurun pasir yang paling ekstrem dan mempunyai udara kering, ribut pasir dan
suhu panas yang boleh mencecah sehingga 50°C. Dalam masa yang sama, ianya
sangat memberi faedah kepada kehidupan manusia secara keseluruhannya. Maka
tidak hairanlah kenapa unta mendapat jolokkan sebagai ‘Ship of the desert’.
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu
hendak dustakan”(Surah Ar-Rahman: Ayat 13)